Google My BLOG

SEARCH RESULT

Apa Itu Unit Trust (Unit Amanah)?  

Wednesday 2 January 2008

Assalamualaikum Warahmatullah....

Bertemu kita sekali lagi dalam BLOG yang tak seberapa ini. Diharap semua pembaca berada dalam limpahan kurnia dari Allah SWT hendaknya. Amin...

Pada kali ini saya ingin membicarakan tentang pengenalan Unit Trust (Unit Amanah) yang selalu diperkatakan pada zaman sekarang. Ramai masyarakat Melayu khususnya dana malasyarakat Malaysia amnya masih kabur tentang dana yang melibatkan Unit Trust di Malaysia. Saya harap paparan pada kali ini serba sedikit dapat menerangkan Apa Itu Unit Trust dan membantu para pembaca memahami konsep Unit Trust yang sedia ada dan bakal ada di Malaysia.

Apa Itu Unit Trust?
Unit Trust merupakan pengumpulan dana-dana pelabur yang kemudiannya dilaburkan secara "Pool" kedalam mana-mana portfolio pelaburan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Setiap Dana akan diuruskan oleh Pengurus dana yang bertauliah yang dilantik dari mana-mana Syarikat Unit Trust.

Di Malaysia terdapat beberapa Syarikat yang berlesen untuk menguruskan Dana Unit Trust antaranya CIMB Wealth Advisor dan CIMB Principle Asset Management.

Portfolio-portfolio yang dilaburkan tidak hanya pada Pasaran Kewangan sahaja, tetapi ia meliputi pelbagai jenis portfolio pelaburan seperti Equities, Fixed Income Securities (BOND), Saham-saham Bluechips dan pelbagai lagi Asset pelaburan yang tertakluk kepada objektif pelaburan yang telah diluluskan.

Bagi pelabur-pelabur Islam, terdapat dana-dana Islamik yang diperkenalkan dimana pelaburan ini dipantau oleh IBFIM (Islamic Banking & Finance Institute of Malaysia) dibawah pengawasan Suruhanjaya Securiti dan BNM (Bank Negara Malaysia).

Pelaburan-pelaburan ini akan menjana keuntungun dari pelbagai bentuk antaranya:

Capital Gain - perubahan harga nav per unit positif dari harga nav per unit yang asal.
Dividend - peratus keuntungan yang diperolehi dari nilai pelaburan, diumumkan setiap hujung tahun kewangan.
Bonus - Pertambahan unit yang diberikan oleh Pengurus Dana (bergantung kepada pasaran).

Sekian sahaja untuk kali ini.

Wassalam...

AddThis Social Bookmark Button