Google My BLOG

SEARCH RESULT

SELAMAT TAHUN BARU 2008.  

Tuesday 1 January 2008

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2008, semoga lembaran baru ini menjanjikan limpahan kurnia Ilahi dan kesejahteraan dalam hidup kita semua. Diharapkan segala urusan dipermudahkan olehNya.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya yang baru sahaja berjinak dan bersama Keluarga CIMB Wealth Advisor. Saya, Muhammad Suhaimi Bin Abu Hassan, berasal dan membesar di Pulau Pinang.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra (SBP) dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dalam Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa (Kepujian).

Pada ketika ini, saya bertugas sebagai Commodity Management Associate di Celestica Corporation, Kulim Hi-Tech, Kedah.

Saya amat berharap, BLOG yang saya hasilkan ini dapat memberi serba-sedikit penerangan asas berkaitan dengan Unit Trust secara umumnya dan CIMB Wealth Advisor secara khususnya.

Sekian untuk kali ini.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ SELAMAT TAHUN BARU 2008.