Google My BLOG

SEARCH RESULT

Sejarah Penubuhan CIMB Wealth Advisor.  

Wednesday 2 January 2008

CIMB Wealth Advisors ditubuhkan dalam tahun 1990 dan telah berkembang menjadi salah satu syarikat yang terbesar dalam industri Unit Trust bersama-sama tenaga Jualan yang melebihi 6000 orang consultant yang berdaftar dan juga perancang kewangan.

CIMB Wealth Advisors menawarkan servis pelaburan dan perancangan kewangan melalui taburan Mutual Fund yang terbaik dan pelbagai produk-produk inovatif dalam pelbagai kelas asset daripada Dana-dana yang ternama. Kami mempelbagaikan nilai kepada semua pelanggan melalui nilai kerja "Forward Thinking". Kami melakukannya dengan memenuhi keperluan pelaburan pelanggan dengan pilihan produk-produk yang menarik dan inovatif beserta nasihat yang profesional. Falsafah kami adalah mempelbagaikan nilai kepada semua pelanggan kami; memberi peluang kepada pekerja kami untuk menjadi Penasihat Professional; dan mempunyai integriti untuk bercakap dan bertindak secara jujur dan benar bagi membolehkan pelanggan kami berasa yakin berurusan dengan kami.

CIMB Wealth Advisors merupakan sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh CIMB Group, didaftarkan dibawah Group Asset Management. Kekuatan daripada penyatuan syarikat-syarikat dibawah Group Asset Management membawa bersama keutuhan yang membolehkan perkembangan produk-produk yang inovatif yang disalurkan dalam pelbagai saluran.

Terbina di atas asas yang teguh dari CIMB Group, CIMB Wealth Advisors telah mencipta keupayaan yang baru dengan Mutual Fundnya dan servis-servis pelaburan. Dengan keupayaan entiti yang lebih besar, kami telah memperolehi Skala Ekonomi yang lebih hebat dan penumpuan pasaran selain daripada menambahkan kelebihan daya saing dalam Industri Servis Kewangan.

AddThis Social Bookmark Button