Google My BLOG

SEARCH RESULT

CIMB LANCAR THE REBOUND  

Saturday 5 January 2008

CIMB lancar The Rebound

KUALA LUMPUR 23 Dis. – CIMB Bank (CIMB) akan melancarkan The Rebound, iaitu Instrumen Deposit Boleh Runding Berkadar Apungan (FRNID) pada Isnin ini
Produk terbaru itu membolehkan pelabur mendapat keuntungan daripada potensi pantulan empat gergasi perbankan global yang menerima kesan negatif krisis subprima Amerika Syarikat baru-baru ini.
Empat bank tersebut adalah Citigroup Inc., Merrill Lynch & Co. Inc., UBS AG dan Morgan Stanley.
Bendahari Kumpulan CIMB, Lee K Kwan berkata, produk ini akan mengambil peluang daripada pembangunan pasaran global dan memberi ruang kepada pelanggan untuk melabur.
‘‘Prestasi The Rebound FRNID akan ditentukan oleh pasaran saham empat bank tersebut yang telah menurun lebih dari 30 peratus sejak krisis berkenaan,’’ katanya.
Tambah Kwan, The Rebound FRNID dijangka memberi pulangan tetap sebanyak 15 peratus untuk tempoh pelaburan selama dua tahun, 23 peratus untuk pelaburan selama tiga tahun dan 45 peratus bagi pelaburan selama lima tahun sekiranya pulangan ekuiti melebihi 25 peratus.
The Rebound FRNID, boleh didapati di semua cawangan CIMB Bank dan CIMB Private Banking dari 23 Disember ini hingga 7 Januari 2008.

Sumber : Utusan Malaysia, 24 Disember 2007.
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=korporat&pg=ko_09.htm&arc=hive

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ CIMB LANCAR THE REBOUND